Wednesday, 19 October 2011

20 sebab boys angkat kaki

 
  • Pastikan you all tidak memiliki masalah bau mulut .Untuk kepastian cuba periksa bau mulut you all secepat mungkin . Jangan masalah ini menjadi penghalang dalam perhubungan you all.
  • Selain mulut ,badan juga perlu bebas daripada masalah bau yang tidak menyenagkan .Siapa yang nak dekat jika badan you all berbau kan ?huhu .
  • Jangan ketawa lebih lebih .Lebih lebih lagi jika lawak tu tak selucu mana pun. Memang boys suka tengok buah hatinya ketawa tapi kalau melebih lebih sehingga menarik perhatian orang sekeliling yang terdengar gelak besar you all tu...pasti memalukan!
  • You all suka bercakap kasar dan kurang sopan ? Ohhh..patut lah si dia mula menjarakkan diri daripada you all. Jangan terus bersikap demikian gurlz ! Bahaya nie !
  • Suka sangat cakap terjerit jerit sebab suka curi perhatian orang sekeliling. Lebih lebih lagi apabila si dia terlewat datang dalam sesuatu pertemuan. Jangan buat boys jadi rimas dengan you all okay .
  • Bila makan ,biar lah bersopan .Jangan pula makan seperti orang yang dah sebulan tak makan. 
  • Jangan makan dengan gaya ala ala gangster seperti mengangkat kaki ke kerusi dan sebagainya .Malu lah si dia bila berdampingan dengan gurls yang sebegini.
  • Jangan suka melatah berlebihan pula. Gurls yang suka melatah ini memang lucu tapi kalau di buat buat,nyampah la pulak. You all tahu tak yang boys boleh membeza kan antara latah yang sengaja di buat buat ataupun semula jadi !
  • Suka tunjuk kuasa dan mengarah arah adalah sifat yang paling digeruni boys tauu .Jadi elakkan lah!
  • You all suka meninggalkan missed calls di telefon bimbit si dia ?Hentikan lah ! Lebih lebih lagi jika you all suka menghubungi si dia tanpa mengira  waktu. Kerana ia boleh menggangu si dia tahuu !
  • Pernah tak you all kerap SMS si dia ,sedangkan si dia tidak penah membalas nya. Haaa...ini salah satu tanda si dia bosan dengan sikap you all. Skali skala berSMS tak jadi masalah,tapi kalau dah terlalu kerap memang patut pun si dia mulai bosan.
  • Jangan selalu menagkan si dia atau you all sentiasa bersikap SETUJU dengan semua tindakan atau cadangan si dia semata mata you all ingin dilihat sehati sejiwa dengan si dia. Tindakan ini pasti boleh menimbulkan rasa bosan dalam diri si dia
  • Kalau tak tahu, cakap saja tak tahu ! jangan buat buat tahu pula kerana sikap memandai mandai ini boleh membinasakan diri sendiri.
  • Jangan suka menunjuk nunjuk semata mata you all ingin kelihatan menonjol. Bukan begitu cara nya kerana you all boleh dianggap belagak pula nanti !
  • You all fanatik terhadap sesuatu perkara atau benda ? Jangan terlalu tonjolkan sikap ini .Si dia memang akan rimas !
  • Penampilan yang tak matching juga boleh mempengaruhi perhubungan you all. Jaga penampilan jika you all ingin terus digilai si dia. Cuba tnya pada diri sendiri , adakah you all sanggup keluar dengan seorang boys yang suka berpakaian tak semenggah. Contohnya, boys ini suka mengenakan kemeja kotak kotak berwarna kuning dipadan kan dengan jeans ketat berwarna hijau. Fikir fikirkan lah ye ...
  • You all jangan suka meminta minta dengan si dia .Si dia mesti terfikir "belum ada apa apa ,dia nie dah pandai minta macam macam dengan aku. bahaya nie ! ''
  • Kelam kabut ? jangan mudah panik bila berhadapan dengan sesuatu situasi yang tak di jangkakan. Kadang kadang si dia nie hanya suka suka nak test you all je.
  • Jangan suka mengumpat ye bila berbual dengan si dia .Lelaki memag malas nak dengar cerita merapu rapu nie.
  • Sikap materialistik memang berbahaya ! Jangan suka ambil kesempatan dengan si dia .Kalau sikit sikit tu mungkin si dia boleh buat tak tahu je .Tapi kalau dah melebih lebih...si dia akan angkat kaki lah jawabnya !

No comments:

Post a Comment