Be alert and kenal pasti 15 Don'ts dalam persahabatan agar relationship you all boleh berjalan lancar selamanyaaaaaa!
- Terburu-buru -Sekiranya berlaku salah faham dalam perhubungan, jangan terburu-buru membuat keputusan sebaliknya bawa berbincang dan selidikinya terlebih dahulu agar tidak menyesal di kemudian hari.
- Mendesak -Layari hubungan persahabatan dengan penuh ketenagan.Berilah kebebasan untuk sahabat membuat pilihan atau keputusan dan jangan mendesak.
- Pentingkan diri sendiri -Dalam membuat sesuatu keputusan, fikirkan lah hati dan perasaan orang lain juga. Sebaiknya kongi masalah dan saling membatu antara satu sama lain agar you all tidak di 'cop' sebagai pentingkan diri sendiri
- Hipokrit -Di depan bukan main baik lagi, tapi bila di belakang macam-macam yang dikatakan...mengutuk sahabat sesuka hati. Kenapa perlu hipokrit? Apa guna nya bersahabat sekiranya ada sikap sedemikian?
- Berdendam -Buang yang keruh ambillah yang jernih. Sifat pemaaf perlu ada dalam hubungan persahabatan. Jauhi dari perasaan dendam yang pastinya merugikan.
- Celupar -Jaga mulut dan jangan bercakap dengan sesuka hati. Tak semestinya bila dah jadi sahabat you all boleh cakap apa sahaja yang you all suka! Utamakan etika komunikasi dalam perhubungan.
- Talam dua muka -Sikap bermuka-muka adalah perosak No.1 dalam perhubungan. Depan cakap lain, di belakang cakap lain pula. Aduh! Bahayanya sahabat sebegini
- Sambil Lewa -Bersungguh-sungguhlah ketika mendengar keluhan dan cerita dari seorang sahabat. Jangan bersikap sambil lewa sehingga you all dianggap oleh sahabat sebehini sahabat yabg tak berhati perut!
- Cemburu -Sekiranya melihat kejayaan seorang sahabat, ucapkanlah tahniah dan kongsi kegembiraan itu bersama sahabat. Jauhilah sifat cemburu. Mungkin hari ini hari dia, esok/lusa tibalah giliran you all pula memperoleh kejayaan!
- Dengki -Mengapa perlu dengki? Setiap insan di dunia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitu juga you all dengan sahabat. Terima sahaja kelebihan dan kekurangan masing-masing agar hubungan persahabatan itu mampu berjalan dengan aman!
- Tikam dari belakang -Abaikan sahaja sahabat sebegini. Silap-silap hari bulan, madu yang kita beri racun pun yang dibalas semula.
- Mengkritik -Mengkritik ada caranya. Tak salah sekiranya you all ingin menegur sikap sahabat. Tapi gunalah bahasa yang lembut dan jangan sampai menyinggung perasaannya.
- Kedekut -Jangan terlalu berkira. Hari ini hari dia ditimpa kesusahan, esok/lusa siapa yang tahu? So,bantulah sahabat yang memerlukan seadanya. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. So sweet!
- Mengongkong -Argh...rimasnya! Kebebasan adalah hak milik mutlak individu. Bersahabat bukan bererti you all perlu mengikit atau mengarah orang lain sesuka hati! Jadi jangan biar diri you all dikongkong dan mengongkongorang lain.
- Copycat @ si peniru -Sahabat bukan bermaksud kembar. Binalah identiti masing-masing kerana tak semua orang suka dirinya ditiru oleh orang lain. Mungkin sahabat you all tidak mahu dirinya dibayangi dengan sahabatnya sendiri.

No comments:
Post a Comment